Sunday, October 20, 2013

MRA tak lama lagi dah nak masuk 2 tahun.

Tajuk dah macam pendahuluan karangan.

Assalamualaikum wbt
Saya rasa terpanggil utk tulis tentang MRA malam ni sebab sehari dua ni dia dpt 'perangai' baru yg begitu membahagiakan... Hihi

Dulu bila ummi buat2 nangis dia juz buat muka bersalah ja.. Cam nak nangis jugak.

Sekarang...bila ummi buat2 nangis dia cepat2 mai kt ummi sambil cakap "alalalalala.." siap geleng2 kepala..pastu peluk & cium pipi ummi. Heee. Macam ummi selalu pujuk kalo dia nangis. Kalau tgh main pun cepat2 dia mai pujuk kalo ummi 'nangis' haha... Tadi siap buat2 suap apa ntah dlm mulut ummi. Pastu tnya pulak " dap?..dap?.." Comel sungguh anak ummi nii. Geramm..

Ps: setiap kali renung MRA ummi bersyukur pd Allah sebab Allah beri ummi anak yg cerdik, aktif, manja, comel.....sempurna sangat.. ALHAMDULILLAH..!! Moga impian ummi tercapai. MRA Al-Hafiz...

Sunday, September 1, 2013

labbaik allahumma labbaik...

Assalamualaikum wbt

Ya Allah..!!! Lama giler tak update blog niii...

Ingat ja nak update tapi masa sangat mencemburui skang ni. Banyak komitmen alkisahnya..

Banyak sangat benda dah lepas, so jadi lupa nak update tentang apa. Orang tua2 cakap la kan, barang yg lepas usah dikenang. Kih3.. Update yg baru2 ni je la..

Semalam! selesai sudah Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat sempena mama & ayah nak menunaikan haji setelah sekian lama tertangguh.. stelah sekian lama di duga dengan pelbagai onak dan duri.. hehe. Tanggungjawab, keluarga, anak2, kewangan, masyarakat. SERIOUSLY beberapa tahun kebelakangan ni macam2 yg menimpa mama ayah. Tapi life must go on omputeh kata kan..

Alhamdulillah dengan izinNya mama ayah dapat ke Mekah menunaikan haji. DAN, alhamdulillah sekali lagi, dalam masa yg sama ayah juga ditawarkan pakej haji percuma pulak. Alaaa yg PM Najib umum aritu.. Tapi di uji la pulak mama ayah tak boleh pi sekali. Ting tong ting tong dipendekkan cerita, ayah mohon untuk tempat beliau (dengan pakej tabung haji dgn mama) digantikan dengan abang sulung sebagai mahram mama. Dah ayah pi pakej lain, tempat ayah kosong la.. Kebetulan pula YB parlimen kami adalah pengerusi Tabung Haji. (Allah permudahkan, alhamdulillah)... DAN sekarang permohonan adalah dalam proses. Harap2 tiada masalah la. Tolong doakan ye kawan2..

Mintak tolong juga kawan2 doakan supaya perjalanan haji mama. ayah dan abang sulung saya dipermudahkan. Semoga mereka mendapat Haji Mabrur... InsyaAllah

TERIMA KASIH...!!

Saturday, August 3, 2013

Entry setelah sekian lama menyepi..

Perhatian.. Ini entry paling malas.
Sila baca gambar sahaja.. Haha

Nampak sangat la malasnya nak tulis kan. Skang tak sempat pun nak berblogging2 ni. Nak share apa2 kat FB ja secara ringkas dan padat.

Jemput baca~








Saturday, June 8, 2013

Lama tak hupdate

Assalamualaikummmmm wbt

Perasan tak saya dah lama tak update blog???
.
.
.
.
.
.
(takdak sapa jawab. Kah3)

Busy sikit seminggu dua ni. Bila nak update blog ja terfikir banyak lagi benda nak buat. Apa yg bz sangat tu? Nanti saya cerita kan di perenggan akhir. (kalo saya x tukar fikiran)

Harini kesayangan saya dah genap 1 tahun 7 bulan. Perkembangannya... Semua yang kita cakap dia dah faham. Cuma... Bila dia reply balik tu kita tak faham. Hahaha.

Bila jumpa sampah beliau cepat2 pi buang dlm tong sampah sambil sebut "pah..pah..pah.."

Bila berak, dia amik pampers baru bagi kat ummi sambil kata "yak..yak..yak.."

Bila dh abis hisap susu, dia bawak susu tu ke dapur n buang dalam sinki sambil cakap "cuh..cuh..cuh.."

Bila terjatuh, tersepit, terhantuk cepat2 dia mai kat ummi dan cakap "kit..kit..kit.."

Tu antara perkataan2 pendek yg ummi faham. Yg panjang sikit... " nak ayaq, nak naik, nak ikut..."

Bila bercakap ngan dia, dia faham dah. Contohnya bila ummi cakap Muhammad, esok ummi kerja.. Muhammad duk ngan mk tok tau... Reaksi beliau, merengek2 dan peluk2 ummi.. Huhu. Menunjukkan dia faham la apa ummi bgtau tu kan..

Ok perenggan last dah ni. Semenjak 2 menjak ni saya sibuk skit dengan bisnes. Hehe. Dah lama consume produk shaklee ni, bulan lepas tergerak nk jadi ahli. So siapa2 nk try produk ni dengan harga special leh contact saya lah. Tetiap bulan shaklee buat promosi produk. Bulan ni Meal Shake. Banyak giler beza dengan harga asal. Rugi x rembat. Saya sendiri siap amik lebih takut kehabisan stok. Hehe

Thursday, May 23, 2013

Zaman gebu MRA

Assalamualaikum wbt..

Internet slow nya malam ni. Duk belek2 album jumpa balik gambar2 MRA zaman gebu2an dulu. Sekarang pun gebu jugak.. Hehe. Cuma lasaknya dia sampai x sempat ummi nk cubit2 pipi gebu tu lagi.

Layan..