Banyak benda nak cerita, nak catat dalam blog sebagai kenangan. Tapi........rujuk tajuk diatas.
Stk.
Thursday, February 14, 2013
Malas
Cara minum air
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam atas junjungan nabi Muhammad saw.
Assalamualaikum wbt kpd pembaca setia blog. (perasan ada pembaca setia)
Pepagi tadi otw pi sarapan dan lagi bukak fb. Terbaca info menarik. Sila baca pada gambar.
Peringatan..sila share dengan pasangan anda. Takut2 pelik pulak dia nengok nanti.. Apahal ngan bini aku ni.. Bangun tidoq terus merangkak sambil minum air.. Mimpi harimau jadian ka apa.. Huhu..
Wednesday, February 6, 2013
Tukar nombor
Entry ini adalah rentetan entry sebelum2 ini bertajuk Tragedi Berulang.
Hasilnya..aku dah tukar nombor. Banyak buruk dari baiknya tukar nombor ni. Kononnya.. Kawan2, sedara mara, rakan sejawat tak sejawat semua dah xda nombor kita. Lebih malang lagi nombor lama dah digunakan utk register macam2. TAC maybank2u contohnya semua mesti kasi tukar.
Tapi...apalah sangat kesusahan sementara ini. Zaman la ni canggih dah..TAC tu tukaq la no fon kat atm. Cuma bank islam kena pi bank no... Xleh tukaq kat atm. Segala borang yg dah diisi pi la update balik, apa susah.. Kawan2 xdak nombor, boleh ja PM kat facebook tu.. Semua org ada fb la skang ni.. Sedara mara yg tinggal jauh sms la depa tanya kabaq.. Sambil2 bagi nombor baru ha.. Apa yg susah sgt kan.. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..
TAPI......
Duk sibuk sangat update no kat kawan2, sedara mara, jiran tetangga sampai lupa nak update kat bos cemana?
Tuesday, February 5, 2013
Ustaz Don di sambutan maulidurrasul KKR 2013
Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w
Assalamualaikum semua pembaca blog yg setia membaca blog ini.. (perasan!)
Ini ialah siaran tertunda. Sesungguhnya aku hamba yg lemah. Yang baik ditangguh2 yang biasa2 baiknya di update laju2.. Ish3..
30 januari lalu di dewan tan sri mahfuz telah diadakan sambutan maulidurrasul bersama Ustaz Don dan adik2 tahfiz Al Yamani kg baru.
Ustaz Don menceritakan ttg keagungan Rasulullah saw dan betapa pentingnya kita2 umat baginda saw ini sentiasa mengasihi kekasih Allah ini. Sesungguhnya Rasulullah saw amat merindui umatnya yg beriman sebelum kita lahir ke dunia lagi. Semasa dihujung nyawa baginda saw masih menyebut2 umatnya dan baginda saw akhirnya tersenyum apabila diberitakan oleh Jibril umat2 baginda adalah umat yg pertama akan memasuki syurga.
Ustaz Don juga menceritakan bagaimana Rasulullah saw mendapat wahyu. Bagaimana baginda didatangi malaikat Jibril dlm rupa sebenar dan byk lagi.. Ya Allah pada masa tu baru kusedar banyaknya kisah2 Rasulullah saw yg aku lupa dan tak tahu! Kalau kisah hidup Rasulullah saw pun tak tahu cemana kita nak mencintai baginda saw? Kalau kita tak cintakan Rasulullah saw cemana kita nak cintakan Allah swt. Layakkah kita nak mendapat syafaat baginda saw di hari akhirat nanti? Tak malukah kita nak mengaku umat baginda saw kalo kita tak cukup kenal baginda saw.
Pada penutup ceramah ustaz Don meninggalkan kami para hadirin dengan 2 soalan..
Pertama.. Apakah benda dalam rumah kita yg bila kita tengok, kita akan teringat kat Rasulullah saw. Jangan kata Al quran..sbb kita ni tengok al quran kita hanya akan igt bila laaa aku nak baca quran ni.. Betui jugak.. Jadi sehingga hari ini aku masih terkulat2 pikir apa benda dalam rumah aku yg akan mengingatkan kepada Rasululah saw.
Kedua..... Mmm.. Aku dah lupa soalan kedua.. Hahaha.. Inilah jadinya bila masuk majlis ilmu bagaikan itik pulang petang.. Lenggang kangkung sambil bergelak ketawa.. Dushh! Bajet2 leh ingat kot semua yg ustaz Don cakap dengan hanya merenung muka ustaz Don. Huhuhu..
P/s: kepada diri sendiri dan sahabat2.. Marilah byk2kan selawat ke atas Rasulullah saw. Nak harapkan solat sunat..puasa sunat.. Sangat la jarang2 sekali. Bak kata ust Don, kalo org pompuan tu harap ada posa ganti ja depa posa selain bln ramadhan, kalo tak..tobat lahom la...haha. Ok loghat utara dia sangat kuat, orang penang katekann..
Oh.. Lupa nak cerita pasal adik2 tahfiz yg comel. Len kali sambung la. Cam dah panjang ja entry ni.. Prinsip hidup aku ialah takkan tulis entry panjang2.
Sekian terima kasih.
Perkembangan..
![]() |
| mana mata? |
![]() |
| rujuk perenggan no. 3.. huhu |
# MRA juga dah pandai menilai yang mana salah yang mana betul. Kalo ummi kata aaappp.. ada la yg tak kena tu, sebagai ummi yg protective dan tinggi daya imaginasi, aku cukup risau kalau MRA pegang pen, terbayang2 MRA berlari dan jatuh dan...pen tu mungkin membahayakan.. Lalu.. ummi berkata aapppp..Muhammaddd... Dengan rasa bersalah mungkin, MRA akan cepat2 huluq pen kat ummi dari jauuhh lagi, nah..nah..nah..nah.. alahai.. ummi usap2 kepala MRA, jangan main pen ni sayang, bahaya...(drama..drama!).. 20 minit kemudian, dia akan main lagi kalo jumpa benda yang sama atau seakan2 sama, ntah mana dia jumpa!
![]() |
| sendiri sangkut beg kat leher, sendiri jerit.. huhuhu.. alolo ciann.. |



