Sunday, June 27, 2010

Kota Kinabalu (Siri 3 - Menuju Puncak!)

18 Jun 2010

Semalam terpaksa tido seawal selepas magrib, xleh tido sgt. kejap2 terjaga.. kaki rasa nak beku.. sakit kepala la paksa tido..huhu.. akhirnya pkul 1.30 pagi gitu, kami bangun gosok2 gigi ja, x mandi dah.. Bangun utk meneruskan misi menawan puncak.. Sarapan ala kadar ja utk tenaga.. sarapan apa kul 2 pagi? aduii..akummg x selera nk makan lgsung!! tp paw jugak sikit megi si dida n minum radix skit.. dah siap2 suma, kami gerak pd kira2 pkul 2.45am gitu. Agak lewat dr jangkaan asal.
'
Sebelum apa2 mari kita baca doa dlu..Moga selamat sampai puncak!! ameenn..
'
Perjalanan kami di pagi yg gelap dibekalkan headlamp sorang satu.. Pd awal pendakian byk gunakan tangga2 kayu yg x ikut spec.. huhu..

Saturday, June 26, 2010

Kota Kinabalu (Siri 2 - XPDC bermula)

17 Jun 2010 (Khamis)

Bangun seawal 5 pagi. Huishhh sojuk gilo air dikaki gunung ni.. kt Gunting Lagadan nt camne la yer.. Ok.. semua dh berjaya mandi dgn selamat xde yg beku.. Jom2..semangat2 nak naik gunung ni! Sebelum ape2.. mari kawan2..kite bgambar dalam toilet!! inilah hasilnya.. haishh dlm toilet pun nk bgambar ke..?

Seawal 6.30 am (x la awal sgt..= 7.30am semenanjung) kami check out dari Grace Hostel utk urusan penyimpanan beg, toilet dan bersarapan di Balsam Cafe. Terpaksa bawak sume beg kluar n letak kt ofis diorg dgn harga rm10 satu beg. Dah macam tkeluar AF pon ade..huhu..
Kat sini le kejadian keciciran kamera berlaku kan.. dah siap2 set timer.. bgambo.. mereka berlalu pergi tanpa mengambil kamera tersebut..ish ish ish..ape kes ni.. Dah dapat gamba, kamera tidak beguno lagi..huhuhu...

Kota Kinabalu (Siri 1- KK, kami datang!!))

Dihujung minggu yang malas ini..rasa cam nak catat sesuatu di belog yg dh 2 tahun ditinggalkan (tipu!!) . Tak lain x bukan mengenai satu benda yg paling membanggakan aku setakat ini.. huhu.. XPDC Kinabalu dan PADAS Water Rafting telah berjaya aku lalui dgn gumbira.. Sila rujuk disini juga.. ---> Belog_Ronggeng. Setelah berbulan2 training.. kesana sini... x penah duk umah dihujung minggu.. panjat sana.. panjat sini.. gedebuk sana..gedebik sini.. lebam sana sini.. terseliuh.. lutut longgar.. joging tiap hari.. (tipu lagi!!) akhirnya peserta XPDC seramai 18 org terbang ke KK pada 16 jun 2010.....


16 Jun 2010 (Rabu)

Pada malam sebelumnya dari Kepong aku memecut tidak laju ke Putrajaya n tido diumah maira. Seawal pukul 6.45am kami memecut pula ke Nilai dan berkumpul bersama beah dan wani. Dengan bantuan ayah wani, kami smpai di KLIA pada jam 8 lebih gitu. Flight dijadualkan pd jam 9.20am.




Dalam flight.. seat aku la paling jauh dgn geng2 yg lain.. huh bosan dok'oh la.. lepas sarapan aku terus menidurkan diri yg x mengantuk.. Tetiba org sebelah aku kejut suh bangun makan aiskrim.. haha.. time kasih encik Jaafar.. (lepas die kejut makan aiskrim, terus borak ngan die..bla3..sampai la KK) Mmg kebetulan betul la dia jugak penah sampai puncak Kinabalu.. Itu yg rancak ja borak tuh.. Byk juga kata2 semangat dia bagi aku. Tapi.. ada 1 part yg betul2 merisaukan aku la.. Dia pi masa tahun 2002 dgn ahli xpdc seramai 25 org.. TETAPI.. hanya 4 org berjaya sampai puncak... erm.. susah sgt kah?? (monolog dalaman).. Beliau juga menggeleng2kan kepala pabila diberitahu kami akan ke PADAS water rafting pd keesokan harinya slps XPDC Kinabalu.. huhu.. (semangatku makin goyah ketika itu..haishh)..

Monday, January 11, 2010

apa AZAM TAHUN BARU aku...

Salam..
Haishh dh 11 hari berlalu baru nak ckp psl tahun baru ka.. Dah lama sangat tak tengok blog ni..

Ermm azam tahun baru saya adalah ingin menjaga kesihatan sebaik2nya.. Bak kata satu pepatah arab.. aa.. yang bermaksud.. Minda yang cerdas lahir dari badan yang cergas..
(aduss camna aku leh lupa ni..)

Antara perkara2 yg terkandung dlm azam baru aku..

1. Mee maggi adalah diharamkan (kecuali saat2 yg terdesak)
2. Kurangkan memakan fast food...(kfc, mcD, pizza bla3...)

Antara dialog2 yg perlu diberi perhatian..
2009 : Ish minggu ni kita x makan kfc lagi kan...
2010 : Ish tahun ni kita x makan kfc lagi kan.. (harap2 la..)

Kata2 Motivasi dari housemate aku..

"hang tau dak ayam yg depa duk buat kfc tu membesar dalam masa 2 minggu ja tau.. xtau la bahan apa yg depa guna untuk membesarkan ayam2 tersebut.."

kata2 inila peniup semangat aku supaya jgn mkn kfc..uhuk2..

3. Banyakkan minum air putih.. (x minum lagi air yg dimasak dari air berklorin..ada kesan jangka panjang ni..antara penyebab kanser darah..)

4. X minum air ber ais.. (baru sekali kot minum air ais dlm tahun ni..kawan aku pelik tetiba perubahan secara drastik..order barli suam time lunch..huhu)

5. Banyakkan aktiviti sihat..jogging sempena nak gi daki gunong ..bowling sempena masuk kejohanan boling tertutup..uhuk2

6. Banyak makan makanan yg dimasak sendiri.. oleh housemate aku..plus dengan bantuan aku..
supaya kebersihan lebih terjamin...


Ok, Langkah2 yg di ambil....

# Hebah2kan kpd kawan2 terdekat.. (Yg jauh xyah la kot)
haha sejak tahun lepas lagi aku dh bgtau siap2 apa azam tahun baru aku.. Macam2 reaksi kawan2 aku..huhu.. ada yang gelak beSSarr.. Tapi dalam gelak2 tu diorang support gak..
Hebahan ini juga berfungsi sebagai cabaran kpd diri sendiri..kalau depa tgk aku x penuhi azam tahun baru ni malu la kan..

# Memaksa rakan2 mengikut semua azam aku ni.. supaya aku x keseorangan
Dihujung minggu aku akan mengejutkan mereka seawal 6.30 pagi untuk join aku jogging..
(sila terbalikkan maksud ayat diatas)..
Rasanya kaedah ini agak berkesan kpd mereka2 yg ingin mengamalkan diet seimbang.. so x rasa bersalah sgt la...hahaha..

Wassalam

Monday, October 26, 2009

Nasi Goreng USA kah??

Salam..

Minggu lepas, hari selasa..Pulang dari opis, aku dan rakan2 berasa sgt lapar lalu pergi ke sebuah kedai makan berhampiran rumahku syurgaku..

Tokey Kedai: nak makan apa??
Aku: Berfikir sambil tgk menu dan kelip2 kan mata..
Kawan2: Nasi goreng ladna..bla2..
Aku: Ok saya nak Nasi goreng daging merah pastu tambah telur mate eh.. (terangku pjg lebar setelah berfikir habis2an)

Setelah tokey kedai beredar..
Kawan: Yg hang order panjang lebaq tadi bukan nasi goreng USA ka?
Aku: Yaka? mana aku tau..
Kawan: Ya la..nasi goreng daging merah tambah telur mata adalah nasi goreng USA..
Aku: OoOoOo...

Setelah siap dimasak..Bayar la pe lagi..
Aku: nasi goreng daging merah tambah telur mate td berape?
Tokey kedai: RM6.50..

*****************hari ini,setelah seminggu berlalu*****************
Aku rasa mcm nak makan lagi nasi goreng sepertimana aku makan mgu lepas..
Kali ni suh kawan order kan..ada urusan skit..

Kawan: Hg nak makan apa?
Aku: Nasi goreng daging merah tambah telur mata.. (aku masih x dpt nak igt nasi goreng daging merah tambah telur mata = nasi goreng USA)
kawan: nasi goreng USA la??
Aku: aaah..ya2 nasi goreng USA..(sambil angguk2kan kepala..apala sengal)

Dah siap urusan aku terus ke kedai tadi utk ambil makanan n bayar..
Aku: Nasi goreng USA td berapa? (ha..kali ni aku dh igt nama sebenar nasi tersebut)
Tokey kedai: RM5.50..
Aku: aikk..lain plak harganya (bermonolog dlm hati)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sampai umah, aku terus makan dengan penuh perasaan.. setelah dianalisa..
secara fizikalnya sama ja macam yg aku mkn mgu lepas.. ada nasi goreng, ada daging masak merah, ada telur goreng..
Hah..memang x syak lagi Nasi Goreng Daging Merah tambah Telur Mata = Nasi Greng USA.

TAPI...Kenapa harganya lain??
Nasi Goreng Daging Merah Tambah Telur Mata (NGDMTTM)= RM6.50 [x]
Nasi Goreng USA (NGUSA)= RM5.50 [y]

Secara simple matematiknya:

NGDMTTM = x......[pers. 1]
NGUSA = y........[pers. 2]

kalau NGDMTTM = NGUSA

:: sepatutnya x = y
tapi kenapa x = RM6.50 dan y = RM5.50

Nota Kaki: Teori aku salah ker tokey kedai tu betul?? hahaha.. pening aih..