Saturday, June 26, 2010

Kota Kinabalu (Siri 1- KK, kami datang!!))

Dihujung minggu yang malas ini..rasa cam nak catat sesuatu di belog yg dh 2 tahun ditinggalkan (tipu!!) . Tak lain x bukan mengenai satu benda yg paling membanggakan aku setakat ini.. huhu.. XPDC Kinabalu dan PADAS Water Rafting telah berjaya aku lalui dgn gumbira.. Sila rujuk disini juga.. ---> Belog_Ronggeng. Setelah berbulan2 training.. kesana sini... x penah duk umah dihujung minggu.. panjat sana.. panjat sini.. gedebuk sana..gedebik sini.. lebam sana sini.. terseliuh.. lutut longgar.. joging tiap hari.. (tipu lagi!!) akhirnya peserta XPDC seramai 18 org terbang ke KK pada 16 jun 2010.....


16 Jun 2010 (Rabu)

Pada malam sebelumnya dari Kepong aku memecut tidak laju ke Putrajaya n tido diumah maira. Seawal pukul 6.45am kami memecut pula ke Nilai dan berkumpul bersama beah dan wani. Dengan bantuan ayah wani, kami smpai di KLIA pada jam 8 lebih gitu. Flight dijadualkan pd jam 9.20am.




Dalam flight.. seat aku la paling jauh dgn geng2 yg lain.. huh bosan dok'oh la.. lepas sarapan aku terus menidurkan diri yg x mengantuk.. Tetiba org sebelah aku kejut suh bangun makan aiskrim.. haha.. time kasih encik Jaafar.. (lepas die kejut makan aiskrim, terus borak ngan die..bla3..sampai la KK) Mmg kebetulan betul la dia jugak penah sampai puncak Kinabalu.. Itu yg rancak ja borak tuh.. Byk juga kata2 semangat dia bagi aku. Tapi.. ada 1 part yg betul2 merisaukan aku la.. Dia pi masa tahun 2002 dgn ahli xpdc seramai 25 org.. TETAPI.. hanya 4 org berjaya sampai puncak... erm.. susah sgt kah?? (monolog dalaman).. Beliau juga menggeleng2kan kepala pabila diberitahu kami akan ke PADAS water rafting pd keesokan harinya slps XPDC Kinabalu.. huhu.. (semangatku makin goyah ketika itu..haishh)..

Monday, January 11, 2010

apa AZAM TAHUN BARU aku...

Salam..
Haishh dh 11 hari berlalu baru nak ckp psl tahun baru ka.. Dah lama sangat tak tengok blog ni..

Ermm azam tahun baru saya adalah ingin menjaga kesihatan sebaik2nya.. Bak kata satu pepatah arab.. aa.. yang bermaksud.. Minda yang cerdas lahir dari badan yang cergas..
(aduss camna aku leh lupa ni..)

Antara perkara2 yg terkandung dlm azam baru aku..

1. Mee maggi adalah diharamkan (kecuali saat2 yg terdesak)
2. Kurangkan memakan fast food...(kfc, mcD, pizza bla3...)

Antara dialog2 yg perlu diberi perhatian..
2009 : Ish minggu ni kita x makan kfc lagi kan...
2010 : Ish tahun ni kita x makan kfc lagi kan.. (harap2 la..)

Kata2 Motivasi dari housemate aku..

"hang tau dak ayam yg depa duk buat kfc tu membesar dalam masa 2 minggu ja tau.. xtau la bahan apa yg depa guna untuk membesarkan ayam2 tersebut.."

kata2 inila peniup semangat aku supaya jgn mkn kfc..uhuk2..

3. Banyakkan minum air putih.. (x minum lagi air yg dimasak dari air berklorin..ada kesan jangka panjang ni..antara penyebab kanser darah..)

4. X minum air ber ais.. (baru sekali kot minum air ais dlm tahun ni..kawan aku pelik tetiba perubahan secara drastik..order barli suam time lunch..huhu)

5. Banyakkan aktiviti sihat..jogging sempena nak gi daki gunong ..bowling sempena masuk kejohanan boling tertutup..uhuk2

6. Banyak makan makanan yg dimasak sendiri.. oleh housemate aku..plus dengan bantuan aku..
supaya kebersihan lebih terjamin...


Ok, Langkah2 yg di ambil....

# Hebah2kan kpd kawan2 terdekat.. (Yg jauh xyah la kot)
haha sejak tahun lepas lagi aku dh bgtau siap2 apa azam tahun baru aku.. Macam2 reaksi kawan2 aku..huhu.. ada yang gelak beSSarr.. Tapi dalam gelak2 tu diorang support gak..
Hebahan ini juga berfungsi sebagai cabaran kpd diri sendiri..kalau depa tgk aku x penuhi azam tahun baru ni malu la kan..

# Memaksa rakan2 mengikut semua azam aku ni.. supaya aku x keseorangan
Dihujung minggu aku akan mengejutkan mereka seawal 6.30 pagi untuk join aku jogging..
(sila terbalikkan maksud ayat diatas)..
Rasanya kaedah ini agak berkesan kpd mereka2 yg ingin mengamalkan diet seimbang.. so x rasa bersalah sgt la...hahaha..

Wassalam

Monday, October 26, 2009

Nasi Goreng USA kah??

Salam..

Minggu lepas, hari selasa..Pulang dari opis, aku dan rakan2 berasa sgt lapar lalu pergi ke sebuah kedai makan berhampiran rumahku syurgaku..

Tokey Kedai: nak makan apa??
Aku: Berfikir sambil tgk menu dan kelip2 kan mata..
Kawan2: Nasi goreng ladna..bla2..
Aku: Ok saya nak Nasi goreng daging merah pastu tambah telur mate eh.. (terangku pjg lebar setelah berfikir habis2an)

Setelah tokey kedai beredar..
Kawan: Yg hang order panjang lebaq tadi bukan nasi goreng USA ka?
Aku: Yaka? mana aku tau..
Kawan: Ya la..nasi goreng daging merah tambah telur mata adalah nasi goreng USA..
Aku: OoOoOo...

Setelah siap dimasak..Bayar la pe lagi..
Aku: nasi goreng daging merah tambah telur mate td berape?
Tokey kedai: RM6.50..

*****************hari ini,setelah seminggu berlalu*****************
Aku rasa mcm nak makan lagi nasi goreng sepertimana aku makan mgu lepas..
Kali ni suh kawan order kan..ada urusan skit..

Kawan: Hg nak makan apa?
Aku: Nasi goreng daging merah tambah telur mata.. (aku masih x dpt nak igt nasi goreng daging merah tambah telur mata = nasi goreng USA)
kawan: nasi goreng USA la??
Aku: aaah..ya2 nasi goreng USA..(sambil angguk2kan kepala..apala sengal)

Dah siap urusan aku terus ke kedai tadi utk ambil makanan n bayar..
Aku: Nasi goreng USA td berapa? (ha..kali ni aku dh igt nama sebenar nasi tersebut)
Tokey kedai: RM5.50..
Aku: aikk..lain plak harganya (bermonolog dlm hati)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sampai umah, aku terus makan dengan penuh perasaan.. setelah dianalisa..
secara fizikalnya sama ja macam yg aku mkn mgu lepas.. ada nasi goreng, ada daging masak merah, ada telur goreng..
Hah..memang x syak lagi Nasi Goreng Daging Merah tambah Telur Mata = Nasi Greng USA.

TAPI...Kenapa harganya lain??
Nasi Goreng Daging Merah Tambah Telur Mata (NGDMTTM)= RM6.50 [x]
Nasi Goreng USA (NGUSA)= RM5.50 [y]

Secara simple matematiknya:

NGDMTTM = x......[pers. 1]
NGUSA = y........[pers. 2]

kalau NGDMTTM = NGUSA

:: sepatutnya x = y
tapi kenapa x = RM6.50 dan y = RM5.50

Nota Kaki: Teori aku salah ker tokey kedai tu betul?? hahaha.. pening aih..

Wednesday, October 7, 2009

Crita2 Outstation-Ipoh

Kisah I (Angkara pencungkil Gigi)

Hari ahad, bertolak ke Ipoh menaiki kenderaan sendiri buat pertama kalinyaatas kesulitan yg x dapat dielakkan. Slalu outstation dengan kereta jabatan.

Sampai kat Tapah..

B: meh sini tengok tayar ko..pancit ke ni..patut la aku rasa goyang2 je td. ko x check ke,dh la nak jalan jauh.. bla3.. (membebel sambil mengisi angin tayar)
A: alamak apsal leh jadi camni.. err standard la pompuan, asalkan keta leh jalan, belasah jer.. (sempat lagi menjawab)

Lepas isi minyak teruskan perjalanan ke Ipoh dgn selamat. tayar macam dh ok..

Keesokan harinya, kluar dari hotel kul 8.20 am,ade meeting kul 9..
sampai kat keta, alamak! dah pancit balik.. confirm ade kebocoran ni.. singgah kedai tayar berdekatan hotel.

Pakcik kedai tayar: Ohh ni ada kayu ni..

setelah di korek2 ditarik2.. uishh..kayu pencungkil gigi jer.. kena kat tepi susah skit nak tampal ni.. silap2 kne tukar tayar.. takpa, pakcik try dlu..

A: mencongak2 duit ditangan..sewa hotel, minyak, tol.. uih kena amik duit tabung ni..haha..

Pakcik kedai tayar: ok.. dh siap tampal.. jgn cabut plak benda ni..

A: ok2..fuh nasib baik.. ape da tayar ni kena pencungkil gigi pun leh bocor ka..

Moral: kalo nmpak pencungkil gigi tgh jalan, elakkan dari melanggar beliau..

------------------------------------------------------------

Kisah II (Batu?)

Balik hotel lepas bridge inspection.. rasa lapar.. makan kat kedai depan hotel.

Time nak bayar, tokey kedai yg peramah tanya si C..

Tokey: awak resdung ke? saya ada petua cmna nak hilangkan resdung.. bla3..
C: er xpa2 dh mcm2 ubat saya try..
A: ahh.. dia nak jual obat plakk.. maleh nak dengar..lalala~ (dalam hati)

Tokey: tumbuk daun jambu batu.. tumbuk..tumbuk..tumbukk.. sambil selawat niat nak buat ubat..tumbuk..tumbuk.. sapu kat muka ngan bedak sejuk.. insya Allah.. tengok muka saya.. dlu lagi teruk bla3..

beliau cerita dengan penuh semangat, siap dengan gaya ala2 tumbuk sambal belacan..

A: eh cam boleh pecaya ja.. kot2 leh try nnt.. err.. daun apa tadi bang? daun batu?? uhuk2.. tu la td xmau dengaq betoi2..

Tokey: Daun JAMBU BATU! batu buat apa.. buat ketuk kepala ko boleh la..

B: haha..hambik ko si A.. kena sebijik..

A, B dan C keluar dari kedai tersebut dengan malu2 kucing..

sampai kt kedai majalah selang 2-3 buah dari kedai makan tu..

Tokey: Jangan lupa daun jambu batu..bukan BATU!! (melaung dengan kuatnya)

A: yer baiklahh...

Moral: bila org cakap dengo betol2..

------------------------------------------------------------
Kisah III (Jambu Batu)
.
.
On d way balik KL, singgah di Tapah.. Teringin nak makan buah buahan tempatan.
.
.
Banyak sangat kedai buah.. jual buah yg sama, harga yg sama.. ntah2 dari tempat yg sama juga.. Si A & C ikut kaki ja.. stop kat satu kedai..kedai melayu.. terus pegang sekilo jambu batu yg siap di pack.. Tapi langsung x di layan oleh penjaga kedai tersebut yg sempat dikira, ada seramai 4-5 org semuanya.. masing2 sibuk buat apa ntah kat dalam..
.
.
.
Betul2 sebelah kedai tu adalah kedai buah yg dijaga oleh bangsa yg agak putih warna kulitnya.. diorang ni plak sibuk panggil si A & C ni.. "kak nak beli jambu ke kak.. nak beli jambu ke kak.." berulang..ulang..ulang kali.. bergilir2.. dikira2 dengan jari bilangan mereka juga x kurang dari 4 org semuanya..siap beratur sederet kat kaunter.. begitu agresif memanggil pembeli, walopon pembeli dh pegang buah2an kat kedai lain.. wah2.. agak kagum juga.. sampai terdetik di hati.. Berbezanya cara melayu berniaga kalo dibandingkan dengan bangsa yg satu lagi ni..
.
.
.
Alang2 dh pegang xkan nak letak balik kot.. terpaksa la kuatkan suara memanggil akak melayu ni.. kak2, kami nak bayar ni..(byk kali panggil baru nak mai.. aduhh.. cmna melayu nak maju ni) haishh.. agak bising dengan suara yg memanggil2 suh beli kat kedai depa..
.
.
.
Dah siap beli.. terus berjalan sambil mata memerhati gerai2 buah yg lain..
haishh ada plak tukang jaga kaunter tu duk mengadap cermin sambil MEMICIT JERAWAT!!
adoii agak2 la.. tokey buah tu bayar ko bukan utk picit jerawat la.. huhu... gerai tu dh di blacklist oleh A & C..
.
.
.
Moral: pikir la sendiri, cakap lebih2 kang ada org marah..
Nota kecik: A adalah aku..